Saturday 30 January 2016

Filled Under:

Datuk Rahman Dahlan..., Pembeli Rumah Wajib Dapatkan Surat Pengesahan Dari Bank Negara Dan Lhdn


Bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam urusan penjualan rumah di bawah harga RM300,000, semua pembeli diwajibkan mendapat surat #pegesahan daripada Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ianya menjadi syarat utama.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata dua agensi itu mempunyai maklumat lengkap mengenai pembelian rumah di negara ini dan mana-mana pihak termasuk spekulator atau #pelabur yang cuba mengaut keuntungan melalui urusniaga jual beli rumah dapat dihalang.

“Keputusan kerajaan menetap dan mengehadkan jualan umah di bawah RM300,000 kepada pembeli pertama adalah bagi membolehkan mereka yang belum memiliki rumah sendiri mampu memperolehnya pada kadar#berpatutan.

“Justeru, bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam penjualan, kita mungkin akan mewajibkan pembeli mempunyai surat pengesahan dari Bank Negara dan LHDN yang membuktikan bahawa mereka adalah pembeli rumah pertama.

“Langkah ini juga bagi menghalang #spekulator atau pelabur membeli rumah pada harga murah dan menjualnya semula dengan harga sangat tinggi,

” katanya selepas Majlis Pelancaran Projek Perintis Bandar Mesra Pejalan Kaki Bandar Raya Kuala Terengganu.
Turut hadir, Ketua Pengarah KPKT, Datuk Dr Dolbani Mijan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda.

Pada majlis itu, KPKT meluluskan peruntukan sebanyak RM2.2 juta kepada kerajaan negeri Terengganu bagi menaik taraf kemudahan pejalan kaki di beberapa lokasi strategik dan tumpuan orang ramai di bandaraya ini.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, pembeli perlu mendapatkan sendiri surat pengesahan itu bagi menjimatkan masa dan melancarkan urusan semua #pihak berkenaan.

“Jika kementerian nak proses semua surat ini dan menunggu pengesahan dari Bank Negara dan LHDN, mungkin akan ambil masa kerana terdapat ramai pemohon dan kita pun tidak cukup kakitangan.

“Jadi langkah lebih cepat, ialah mereka (pembeli)# perlu dapatkan surat itu sebagai bukti dan kemukakan sewaktu pembelian rumah dan ini akan pendekkan masa menunggu mereka,” katanya.

Sementara itu , Abdul Rahman turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih telus dan mencari kaedah terbaik bagi mewar- warkan kaedah perbelanjaan dan pengutipan cukai kepada rakyat bagi mengelak salah tanggapan dan persepsi buruk kepada kerajaan.

Katanya, maklumat itu perlu dikongsi bagi membolehkan rakyat mengetahui rekod perbelanjaan PBT dan memahami cabaran serta kekangan yang dihadapi dalam menguruskan sesebuah perbandaran atau kawasan.

“Saya percaya, jika rakyat diberi pendedahan dan mereka tahu ke mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan, kita akan dapat capai persefahaman dan tidak akan timbul perasaan marah secara membabi buta kepada kerajaan kerana mereka mendapat banyak maklumat yang salah.

“Malah mereka juga akan merasa sebagai sebahagian #daripada PBT dan memahami masalah yang timbul apabila ramai tidak membayar cukai pintu, sewa, sewa dan sebagainya,” ujarnya.




0 comments:

Post a Comment