Saturday 30 January 2016

Jurukamera Sedang Leka Merakam Gambar Gadis Cantik Dalam Transit ERL/KLIA Sehinggalah Kantoi ... Lihat apa jadi selepas itu






Wanita itu sendirian samil asyil bermain #blacberry di dalam KLIA Express menuju station KL(Kuala Lumpur) central, Malaysia, khamis (2/5). transportasi umum #di malaysia memberi kenyamanan pada penumpangnya.





Nak anak kembar ini sedikit tips untuk Mendapatkan Anak Kembar



mesti ramai yang teringin anak kembar yang comel kan. Ni admin kongsi petua nya. smile emoticon
1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda# terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.


2. Umur
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai #potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan #anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat #mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan #estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya# banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
9. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:

dibawakan oleh D & G Kidz Boutique


(Video) telinga manusia tumbuh di badan seekor tikus



Sekumpulan #saintis di Jepun berjaya menumbuhkan #telinga manusia di belakang tikus dan percaya dalam tempoh lima tahun lagi teknologi itu akan membantu pesakit yang cacat anggota badan.

Kajian bersama oleh Universiti Teknologi Tokyo dan #Universiti Teknologi Kyoto itu boleh membantu bayi yang dilahirkan dengan wajah cacat serta kanak-kanak yang cedera di muka akibat digigit anjing.

Orang dewasa termasuk askar yang hilang anggota badan# akibat peperangan atau mangsa kemalangan jalan raya turut mendapat manfaat daripada teknologi itu.

Ketika ini tulang rawan diambil dari rusuk pesakit untuk dibentuk menjadi telinga.

Bagaimanapun, kaedah itu memerlukan beberapa pembedahan dan prosedur mengeluarkan tulang rawan sangat menyakitkan dengan dada pesakit tidak pulih sepenuhnya.

Teknologi baru ini pula memerlukan sedikit sel stem #manusia sebagai sampel untuk menumbuhkan telinga berkenaan.

Lebih menarik lagi telinga yang ditumbuhkan itu #boleh hidup dengan badan manusia dan membesar bersama kanak-kanak.

Proses itu bermula apabila saintis menumbuhkan sel stem manusia kepada sel tulang rawan di dalam makmal.

Sel tulang rawan itu dimasukkan ke dalam tiub #plastik berbentuk telinga manusia yang diletakkan di belakang tikus.


Selepas dua bulan, tiub plastik itu larut dan yang tinggal hanyalah bahagian daging berbentuk telinga di belakang haiwan itu.

Teknik itu adalah antara beberapa kaedah #yang disempurnakan di seluruh dunia bagi membuat organ gantian manusia untuk pesakit yang cacat anggota badan.

 Sekumpulan saintis di Britain sebelum ini berjaya menumbuhkan hidung manusia di lengan pesakit itu sendiri.

Saintis juga yakin, satu hari nanti seluruh #muka juga boleh ditumbuhkan di dalam makmal.Jom saksikan video berikut ini:


9 sebab utama kenapa si suami wajib meneman isteri periksa kandungan

Wanita hamil tak mampu #berdikari? Ini jawapannya. | Kami pun macam bengang jugaklah apabila satu status twitter yang tersebar semalam mendakwa bahawa kaum wanita hamil kini tidak pandai berdikari.

Konon suami nak kena usung ke sini #sana semasa hamil untuk memeriksa kandungan dan sebagainya.

Well, pendapat kami itu juga dipersetujui oleh #Lutfi Lokman yang memahami kondisi wanita hamil.

Erm.. Betullah kan. Kenalah #sama-sama bertanggungjawab.

9 Sebab kenapa suami perlu teman isteri periksa kandungan

Semalam, viral satu tweet tentang perempuan ni #tak pandai berdikari. Pergi klinik pun suami kena temankan. Di sini, saya ingin berkongsi pendapat saya tentang ‘Kenapa suami perlu temani isteri ketika ke klinik kesihatan atau sewaktu dengannya’. Ia mungkin tidak sama dengan pengalaman anda. Namun, saya hanya berkongsi.

1. Isteri membawa anak selain anak yang dikandung. #Kasihan kepada mereka perlu mengawal anak-anak yang lain. Anak-anak masih lagi ingin bermain dan tidak akan melekat semata-mata di kerusi. Ia boleh mengakibatkan si isteri terpaksa mengawasi anak-anak di samping mata dan telinga tidak lepas pandang dari menunggu nombor dipanggil.

2. Kembali kepada tanggungjawab. Memeriksa kandungan, bukan #hanya sekadar tanggungjawab isteri. Si suami juga harus bertanggungjawab untuk mengetahui perihal kandungan. Perihal kesihatan antara ibu dan anak. Bukan sekadar pandai membuat anak dan melepaskan sahaja tanggungjawab sambil menunggu kelahiran.

3. Isteri yang mengandung, kebiasaannya akan kerap #ke tandas. Mereka perlu membawa beg tangan yang besar gedabang, buku rekod kesihatan, ditambah dengan anak-anak yang dipangku. Takkan perlu bawa kesemuanya dalam tandas. Tandas di klinik pun bukan semua macam tandas di rumah. Ia adalah tandas awam. Tali tarik pam air pun kadang-kadang boleh tiada.

4. Ia adalah bukti kasih-sayang dan cinta seorang #suami kepada isteri. Biar suami saksikan sendiri betapa seksanya untuk menjalani pemeriksaan, rawatan, kandungan, anak-anak yang perlu diperhatikan jika ada demam dan sakit. Supaya suami lebih menghargai penat-lelah isteri yang berkorban masa, jiwa dan tenaga dalam menghadapi kesemua perkara rutin di atas.



5. Bukan semua klinik kesihatan mempunyai ruangan parkir yang mencukupi. Ada yang perlu memarkir sejauh 1km untuk mencari ruangan parkir yang sesuai dan tidak mengganggu lalulintas. Bayangkan membawa kandungan atau anak-anak kecil dalam kepanasan tengahari dan berjalan sejauh 1km atau lebih? maka, suamilah yang #berhak untuk menghantar dan mencari parkir lalu menemani isteri di dalam ruangan menunggu atau boleh sahaja menunggu di dalam kereta asal suami ada dalam memberi kekuatan dan sokongan kepada isteri.

6. Anak-anak ada yang lapar semasa menunggu. Kau tak boleh sangka datang pukul 10 pagi, pukul 10.05 minit dah siap. Kadang-kadang ada yang terpaksa menunggu hingga jam 4 petang. Lebih-lebih lagi ketika peak hour. Maka, si suamilah yang #harus berkejar membeli makanan sekurang-kurangnya sekeping nugget yang biasanya ada dijual di ruangan luar klinik untuk diberi kepada anak-anak yang kelaparan. Ah! Emak pun lapar juga tu.

7. Bukan semua isteri ada belajar tentang ilmu sains dan rumahtangga. Atau alam dan manusia. Mereka juga kadang-kadang buntu tentang istilah-istilah sains dan perubatan yang mengelirukan. Suami berguna untuk mencatat, kalau sempat #google, atau mengingati apa sahaja yang dimaklumkan oleh doktor kepada isteri anda. Bonus jika anda sendiri tahu tentang pelbagai istilah tersebut.

8. Suami sendiri baca facebook 2,3 kali scroll ke bawah dan akan tekan home atau kembali kepada news feed walaupun kadang-kadang bukan ada update terbaru dari rakan-rakan facebook. Namun, tetap tangan itu menekan button news feed. Jadi, apa salahnya anda temani isteri anda untuk kesekian kalinya walau anda menganggap ia adalah pekerjaan yang membosankan. Sama juga macam tekan button news feed. Malahan pekerjaan ini lebih jauh berharga dan bakal mendapat ganjaran daripada Ilahi.

9. Masuk berjumpa doktor atau jururawat yang #mempunyai saiz bilik tidak lebih dari 10’x10′ menyebabkan anda tidak dapat masuk ramai ke dalam bilik tersebut. Di sini fungsi seorang suami yang perlu menjaga anak-anak lain di luar bilik tersebut. Kalau ada 5 orang anak? Mau jadi taman permainan kanak-kanak dalam bilik doktor.

10. Kata lautan api sanggup ku renangi? takkan #pergi klinik kesihatan pun mengeluh bang?
like dan share jika bermanfaat.

ikhlas,
Lutfi Lokman
Suami kepada isteri nan satu dan baharu balik dari klinik kesihatan tad


Datuk Rahman Dahlan..., Pembeli Rumah Wajib Dapatkan Surat Pengesahan Dari Bank Negara Dan Lhdn


Bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam urusan penjualan rumah di bawah harga RM300,000, semua pembeli diwajibkan mendapat surat #pegesahan daripada Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ianya menjadi syarat utama.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata dua agensi itu mempunyai maklumat lengkap mengenai pembelian rumah di negara ini dan mana-mana pihak termasuk spekulator atau #pelabur yang cuba mengaut keuntungan melalui urusniaga jual beli rumah dapat dihalang.

“Keputusan kerajaan menetap dan mengehadkan jualan umah di bawah RM300,000 kepada pembeli pertama adalah bagi membolehkan mereka yang belum memiliki rumah sendiri mampu memperolehnya pada kadar#berpatutan.

“Justeru, bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam penjualan, kita mungkin akan mewajibkan pembeli mempunyai surat pengesahan dari Bank Negara dan LHDN yang membuktikan bahawa mereka adalah pembeli rumah pertama.

“Langkah ini juga bagi menghalang #spekulator atau pelabur membeli rumah pada harga murah dan menjualnya semula dengan harga sangat tinggi,

” katanya selepas Majlis Pelancaran Projek Perintis Bandar Mesra Pejalan Kaki Bandar Raya Kuala Terengganu.
Turut hadir, Ketua Pengarah KPKT, Datuk Dr Dolbani Mijan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda.

Pada majlis itu, KPKT meluluskan peruntukan sebanyak RM2.2 juta kepada kerajaan negeri Terengganu bagi menaik taraf kemudahan pejalan kaki di beberapa lokasi strategik dan tumpuan orang ramai di bandaraya ini.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, pembeli perlu mendapatkan sendiri surat pengesahan itu bagi menjimatkan masa dan melancarkan urusan semua #pihak berkenaan.

“Jika kementerian nak proses semua surat ini dan menunggu pengesahan dari Bank Negara dan LHDN, mungkin akan ambil masa kerana terdapat ramai pemohon dan kita pun tidak cukup kakitangan.

“Jadi langkah lebih cepat, ialah mereka (pembeli)# perlu dapatkan surat itu sebagai bukti dan kemukakan sewaktu pembelian rumah dan ini akan pendekkan masa menunggu mereka,” katanya.

Sementara itu , Abdul Rahman turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih telus dan mencari kaedah terbaik bagi mewar- warkan kaedah perbelanjaan dan pengutipan cukai kepada rakyat bagi mengelak salah tanggapan dan persepsi buruk kepada kerajaan.

Katanya, maklumat itu perlu dikongsi bagi membolehkan rakyat mengetahui rekod perbelanjaan PBT dan memahami cabaran serta kekangan yang dihadapi dalam menguruskan sesebuah perbandaran atau kawasan.

“Saya percaya, jika rakyat diberi pendedahan dan mereka tahu ke mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan, kita akan dapat capai persefahaman dan tidak akan timbul perasaan marah secara membabi buta kepada kerajaan kerana mereka mendapat banyak maklumat yang salah.

“Malah mereka juga akan merasa sebagai sebahagian #daripada PBT dan memahami masalah yang timbul apabila ramai tidak membayar cukai pintu, sewa, sewa dan sebagainya,” ujarnya.


1.6 Juta Kakitangan Awam serta 10 Ribu Pekerja Kontrak Kerajaan Tidak Diberhentikan??? Malah Naik Gaji Lagi! wow biar betul....

Terima kasih kepada bantuan daripada rakyat termasuk ibu bapa, golongan pencen, kanak-kanak, pelajar, mahasiswa, kakitangan awam, pekerja swasta yang #membayar cukai 6 peratus setiap kali anda semua membelanja.

Jikalau tidak, jikalau tidak sudah pastinya kalangan penjawat awam masih ada kerja, kakitangan awam yang berstatus kontrak tidak terkesan dengan gelombang ekonomi Malaysia hari ini.

Secara statistik, Malaysia hari ini ada #sejumlah 1.6 juta kakitangan awam dan 10,000 pekerja kontrak kerajaan. Terbaru, Najib Razak mengatakan :

“GST bukan untuk menyusahkan rakyat, GST adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia.
“Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$30 setong, #Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.
“Tidak ada seorang pun kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak (pekerja kontrak kerajaan),” katanya
Sebelum ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah nafikan laporan berita dan desas-desus kononnya elaun penjawat awam bakal dipotong, pekerja kontrak kerajaan diberhentikan, kena potong gaji dan juga kenaikan pangkat kakitangan awam dimansuhkan. #Macam-macam.

Terkini, Perdana Menteri telah menjelaskan dalam pengumumannya di dalam siri pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia dengan mengatakan :

Pengumuman Pengubahsuain Bajet 2016 : Pekerja #Kontrak Kerajaan?
Kakitangan tetap kerajaan tidak terkesan dengen ketidaktentuan ekonomi Malaysia hari ini
Pekerja kontrak kerajaan tidak akan berhadapan dengan kemungkinan diberhentikan atau tidak disambung kontraknya

Ketiga, kenaikan gaji tahunan KGT bagi bulan #Julai 2016 sepertimana diumumkan dalam Bajet 2016 akan kekal seperti biasa. Itu jaminan Najib Razak
Alhamdulillah.

P/S : Adakah dengan umumkan naik kadar peratus #GST akan ada lebih banyak peluang pekerjaan dalam kumpulan kakitangan kerajaan di masa akan datang?


Terkini !!! Suami tetak isteri hingga mati kemudian gantung diri

Lelaki bertindak menetak isteri sehingga mati #sebelum menggantung dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, Butterworth di sini, pada 4.45 petang ini.

Dalam kejadian itu, wanita warga Thailand dianggarkan lingkungan 30-an maut ditetak suaminya warga tempatan di hadapan pintu rumah mereka disini.

Difahamkan, mangsa ditetak beberapa kali di kepala dan badan oleh lelaki berkenaan sebelum mayatnya dibiarkan terlentang di atas penutup #longkang.

Sumber berkata, suami mangsa masuk ke dalam rumah dan megunci pintu dari dalam dan membuka gas masak rumahnya.

Katanya, #polis yang tiba di lokasi kejadian #kemudian memecahkan pintu rumah sebelum menemui suspek yang sudah mati tergantung di kipas bilik tidur utama rumah.

Pihak #bomba juga dipanggil ke lokasi kejadian bagi #memastikan keadaan terkawal.




Friday 29 January 2016

KECOH !!! Pelajar Patah Kaki Dihempap Tembok di sekolah


Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Beaufort dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 di sini untuk rawatan lanjut. Menurut Pengarah Pendidikan #negeri, Datuk Jame Alip berkata, mangsa merupakan anak ketiga daripada 12 adik-beradik dan kemalangan tersebut adalah di luar jangkaan pihak sekolah.

Keadaan mangsa kini stabil. Namun, kita ingin #mengingatkan pihak sekolah supaya memastikan amalan keselamatan, keceriaan dan kebajikan. Pastikan semua kawasan sekolah berada dalam keadaan selamat.

Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana #pihak yang tidak mengutamakan soal keselamatan. Pengetua atau guru besar hendaklah sentiasa melihat persekitaran sekolah agar tiada kawasan yang mengancam keselamatan.

Berhubung keadaan di sekolah berkenaan, beliau berkata, pihaknya telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat #Malaysia (JBPM) daerah untuk membuat pemeriksaan keselamatan sekolah.


RM 2.50 seliter ditetapkan sebagai harga Lantai Bagi Minyak Ron 95 bermula 1 Februari

Sangat mengejutkan apabila #pihak KPDNKK mengumumkan akan menetapkan harga lantai bagi RON95 berkuatkuasa 1 Februari 2016.Ini bagi mengimbangi kejatuhan harga minyak dunia.

Ini bermakna jika harga pasaran RON95 jatuh menjunam ia tetap akan di jual pada harga RM2.50 seliter.#Perkara ini di umumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak lewat malam tadi ketika saya bermimpi berjumpa beliau di sebuah #kopitiam.

Hihihihi...


Tak Tahu Malu !!! Aksi panas Kanak-Kanak bawah umur undang kemarahan netizen


Pengguna media sosial  di #indonesia jadi viral terpaparnya sebuah gambar kanak-kanak bawah umur melakukan aksi kurang sopan di Facebook.

Mereka yang masih di bawah umur memuat naik #gambar yang kelihatan sedang memegang #p@yu-d@ra rakan mereka. Namun budak perempuan yang memakai baju pink tersebut kelihatan tidak marah dan malah senang #dan tertawa.

Lebih parahnya lagi ia tidak hanya #dipegang oleh seorang budak lelaki tetapi lebih satu lelaki walaupun dalam waktu yang bersamaan. Perbuatan mereka seolah-olah mereka sudah biasa dengan apa yang mereka lakukan. Ramai yang #mengecam tidakan yang mereka lakukan dan berpendapat bahawa mereka harus di hukum kerana perbuatan mereka itu.





Perbezaan Senyuman Dahulu , Hari Ini Dan Akan Datang . Jom lihat Korang Dari Spesis Yang Mana Satu ?


Siapa kata dulu tak ada selfie ? ada , tapi taklah sekencang cara selfie sekarang . Panjat banggunan utk publisiti . Orang dulu senyum sempoi , sekarang macam itik akan datang tak tahu . Hahaha !


Senyum merupakan perkara yang paling disukai oleh semua o#rang. Ia membuat diri kita dan orang lain bahagia dan terhibur. Sejak perubahan zaman yang kian maju, fesyen senyum semakin berubah dan pelbagai yang menimbulkan pelbagai reaksi dan komen da#ripada masyarakat. Mari kita lihat fesyen senyum dulu, kini dan akan datang.

papan
FESYEN SENYUM DAHULU.
Tenang dan manis #sahaja apabila melihat orang dahulu senyum. Nampak peranan mata yang memainkan peranan penting menimbulkan kemesraan dan raut wajah #yang mesra.
1
2
3
FESYEN #SENYUM KINI
Alahai apakah yang cuba ditunjukan oleh orang-orang #kini dalam senyuman ?
4
5
6
7
8
FESYEN #SENYUM MASA AKAN DATANG
Yang ini paling #comel dan sempoi kan ?
9
10478687_1442000699400481_642106653632437304_n
10502365_306663299505761_3058454143747234582_n







Kisah Malam Pertama Dan Kapal Terbang Yang Serius Kelakar !!! terutama bila...


Walaupun telah lama kisah lucu malam pertama ini bertaburan di media , namun sekali sekala viral semula mesti gelak . Hahaha .. Aip pengantin , jangan #nakal-nakal nanti kena jual ! kihkihkih


Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. #Sehari sebelum upacara akad nikah….

Emak pengantin lelaki menasihati anaknya…
“Nak apabila menghampiri isteri mu #pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat””.
Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya…
“Nak, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia””.
Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba…
Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam #tiba hatinya berdebar-debar.
Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat”
Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.”
Si suami hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua”
Tiba malam kedua…
Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “#Kapal terbang ingin mendarat.”
Malangnya si isteri masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya
berkata..
“Berita apa pula ini.. Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun,
tak ada kena mengena dengan saya.”
Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, mari kita tidur”
Si suami hampa lagi…
Tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”
Tiba malam ketiga…
Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat.
Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”
Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati
berkata “Mana ada kapal terbang !!”
Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ….
Si suami hampa dan berkata dalam hati
“Kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu #selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.”
Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya
“Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, “kapal terbang ingin mendarat??”
Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ?
Si anak berkata
“Saya tidak jawab apa-apa”
Si ibu berkata lagi
“Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya anak menjawab
“Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju”
“Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”
Maka tiba malam keempat…
si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan
bertanya soalan yg sama.
Malam kian larut…
Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya.
Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa #harus aku tunggu lagi,
apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan
terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”,

Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri, dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK””

Sumber:infodalamedia


Punca isteri ke 2 salih yaacob berpisah dan berkahwin dengan lelaki lain selepas...

Pelawak dan pelakon popular Salih Yaacob, 55, yang sudah #berpisah dengan isteri keduanya Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu menganggap ia adalah ketentuan daripada Allah SWT.


“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki #keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

“Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya,” katanya kepada #RAP.

Salih berkata, masalah rumah tangga mereka bermula sebelum penggambaran rakaman program Romantika yang dibuat di Melaka# pada 2014.

Menurut Salih, masalah mula timbul apabila Nor Raha pergi majlis #perjumpaan semula dengan rakan sekolahnya.

Ditanya mengenai punca perceraian mereka, Salih tidak #menafikan ia berpunca daripada orang ketiga.

Menurut Salih, selepas habis edah, bekas isterinya bernikah dengan lelaki lain.

“Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada #keadaan menjadi semakin buruk.

“Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. #Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku,” katanya.

Salih dan bekas isterinya itu menjalani #kehidupan berumah tangga selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.

Daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.


(6 Gambar) Kembar Iras Artist Malaysia Yang sangat Meletop, Yang Gambar No 3 Tak Tahan Gelak Tengok ...hehehe



Mungkin #seiras tapi tak serupa. Kan. Itulah kembar-kembar kita di dunia ni, mungkin hanya selebriti #sahaja yang dapat mereka kenali. Kalau kita, ada rezeki terjumpa lah tu.

Gambar no.6 tu mungkin lawak #sikitkan. hhaahaha




(Kisah Benar) Sedihnya ! Pertama Kali Mendakap Anak Ketika Telah Menjadi Jasad


Kisah ini dikongsikan oleh #Ummu Ilham . Admin baca pun sedih , sudahla bersusah payah jerih mengandungkan 9 bulan , tidak sempat mendengar tangisan dan didakap serta menyuakan susu , dia pergi menghadap Ilahi . Begitu berat ujian buatmu semoga tabah .


Tiba-tiba ingatkan dia..
Ilham As-Shauqi Bin Mohamed Shukri
Bulan 2, 2009 Ilham sudah ada dalam rahim. Kami tunggu-tunggu Ilham. Kami doa, Ilham jadi pengikat kasih ummi dan abi. Ilham, ummi selalu tertekan dan emosi tidak stabil masa mengandungkan Ilham. Maaf, kalau Ilham boleh rasa semua itu dalam #rahim.
Ilham, dulu kita susah sangat. Ummi kalau boleh tidak mahu ingat lagi, tapi saja ummi tulis ini, supaya adik-adik (Dhuha dan Dani) syukur lahir dalam keadaan lebih senang. Masa mengandung Ilham, Ummi kena kerja, ummi sambung belajar, abi belum habis belajar. Tiap-tiap hari ummi stay-up di UIA, tolong abi siapkan drawing. Antara matlamat utama kami dulu kahwin, memang mahu tolong menolong.
Alhamdulillah, abi jadi 'best student' walaupun banyak ummi yang #coordinate. Ilham tahu, masa mengandung Ilham, kami makan bajet-bajet. Sehari seringgit. Cukup beli sayur dengan telur. Ummi bawa Ilham check-up di Sungai Buloh. Masa itu kita tinggal di Damansara.
Abi kerja kuat. Malam kerja part time di Shell. Siang pergi kelas. Kasihan Abi. Satu hari ummi teringin makan pizza. Duit tidak ada. #Ummi buka album ada isi duit mas kahwin RM100, ummi ambil sikit bagi pada abi buat beli pizza.
Abi tanya "tak apake?"
Ummi kata "tak apa."
Sampai Ilham 4 bulan dalam rahim, #ummi pindah tumpang rumah kakak ummi. Berat keputusan ini, tapi abi baru saja kerja. Ummi kata, duit yang sepatutnya sewa rumah boleh beri pada arwah nenek. Masa itu nenek sakit. Abi pun selalu kena balik Kedah. Jadi kami jimat-jimat.
Alhamdulillah keluarga Ummi banyak tolong. Masa itu ummi sudah tidak bekerja. Sumber pendapatan daripada Abi seorang. Lagipun, duduk rumah kakak ummi dekat dengan hospital. Ummi memang rancang bersalin di Hospital Pakar An-Nur.
Masa 39 minggu ummi baru mula check-up #di Hospital Pakar An-Nur. Masa itu baru doktor detect sesuatu tidak kena pada Ilham. Ada cyst. Cyst? Sebenarnya doktor Khamsiah yang nampak dulu masa scan. Ummi macam blur. Sebelum ini check-up di Sungai Buloh tidak ada apa-apa. Ummi tiada bajet buat detail scan. Ummi cakap dekat kakak ummi, Dr. Ar. Minggu depannya ummi perlu induce jika tiada tanda. Kata Dr. Ar apa-apa pun kena keluar dulu.
Ummi induce dua kali masih tak ada tanda. #Akhirnya jantung Ilham lemah. Dr. Ar kakak ummi standby. Ummi emergency C-ser. 23 November 2009 lebih kurang pukul 9.45 malam Ilham lahir. Ilham keluar biru. Tidak cukup oksigen. Kakak ummi pam oksigen manual dan cepat-cepat hantar ke HKL.
Ummi mamai lepas pembedahan. Dalam pukul 12, ada seorang staff nurse teman ummi. Masa ummi mamai, nurse ambil sampel darah bawa ke HKL. Abi masuk jumpa ummi. Ummi tanya abi, "baby mana?". Abi kata, "baby problem sikit hantar HKL".
Ummi cool. Pada ummi biasalah baby ada problem sikit lepas lahir. Ummi sembang dengan staff nurse. Beliau cerita kisah beliau bersalin ada komplikasi. Beliau tidak tahu beliau mengandung kembar. Jadi masa bersalin, kembar kedua keluar lewat dan disahkan autisme.
Siangnya dalam pukul 10, ummi masih terbaring. Ummi tertunggu-tunggu abi telefon. Tiba-tiba Dr. Ar, kakak ummi masuk dan beritahu perkara sebenar. Kata beliau "baby masalah besar. Congenital Diaphragmatic Hernia. 50-50 chances to survive. Jangan harap sangat".
Buk! Ummi rasa macam ada benda hempap kepala. Sakit dan pedih. Ummi telefon abi dan menangis. Abi cakap "doa banyak-banyak". Ummi suruh abi balik Bangi. Abi tunggu Ilham di NICU, HKL.
Ummi telefon embah di kampung. Ummi nangis. Petang itu juga mereka sampai. Adik beradik ummi semua datang hospital. Abi balik mandi-mandi di ward. Muka abi serabut sangat. Abi suapkan ummi bubur. Ummi masih belum boleh bangun.
Malam itu ummi kata pada abi, ummi nak tengok Ilham. Ummi belum tengok muka Ilham. Abi kata Ilham putih melepak. Malam itu kakak keempat ummi dan embah (panggilan nenek bagi orang jawa) naik kereta ke NICU. Ramai orang sudah ada di sana. Arwah nenek pun ada.
Ummi naik wheelchair masuk. Ummi tengok Ilham. MasyaAllah comel sangat. Macam muka abi. Nenek cakap pun sama. Rambut lebat. Ummi geletek kaki Ilham, masa kaki Ilham gerak-gerak ummi menangis. Ummi ambil gambar pakai telefon orang. Telefon kami tiada kamera. Tapi gambar itu sudah hilang. Ummi ada gambar masa Ilham sudah tinggal jasad.
Malam itu ummi balik rumah kakak ummi, Dr. Ar. #Abi tunggu Ilham di sana dengan nenek. Pagi 25 November 2009, ummi telefon abi. Abi kata Ilham tambah teruk. Ummi cakap, kalau Allah nak ambil Ilham, ummi dah redha. Ummi tak sanggup tengok Ilham macam itu. Abi diam saja. Ummi letak telefon.
Dalam pukul 9.00 pagi, abi telefon lagi. Abi bagitahu Ilham sudah pergi. Ummi menangis dan bagitahu keluarga kita. Mereka semua siapkan untuk mandikan dan kebumikan jenazah Ilham. Ummi tunggu di rumah.
Masa Ilham sampai, itulah kali pertama ummi pegang Ilham walaupun hanya jasad. Ummi cium. Abi dan ummi enjoy our last moment dengan Ilham. Sambil menangis ummi peluk sampailah selesai semuanya Ilham selamt dikebumikan di Sungai tangkas.
Abi kata Abi kuat sampailah apabila doktor serahkan Ilham pada abi. Abi pegang Ilham kali pertama masa itulah air mata mula mengalir.Ummi ambil masa setahun untuk recover dan ia bukan mudah sampailah Dhuha hadir.
Walaupun Ilham tiada, Ilham As-Shauqi Bin Mohamed Shukri, kamu tetap anak sulung kami. Apabila orang tanya berapa anak kami, kami kata TIGA.
Ilham As-Shauqi
Dhuha Tihani
Dani Al-Fateh
Nota: Congenital Diaphagmatic Hernia adalah sakit yang jarang-jarang ditemui.
Doa saya untuk semua ibu bapa yang pernah kehilangan anak, didoakan mereka menjadi syafaat kita di akhirat.
Amin.